Saturday 12 April 2014

Rumah Penyayang Raudhah

Beberapa minggu lepas ktorg berkesempatan untuk meluangkan masa dengan anak2 yatim kat Rumah Penyayang Raudhah. Ktorg pergi ini bersempena Birthday first Sofia. Jadi, ktorg pergi bawak nasi ayam skali dengan goodie bags, muffins, cupcakes, dan kek. Ktorg sampai ke RPR agak lambat, lepas Zuhur, lapar dah anak2 masa tu. Tapi dorg sambut ktorg dengan cukup mesra dan ceria. Tak ada tanda nak complain lambat atau nak mengamuk kelaparan pun. Alhamdulillah, baik sungguh budak2 sini.

"Guru besar" di sini merupakan bekas pelakon, Moktharudin atau lebih selesa dgn panggilan Tok Ayah. Anak2 di sini mostly berumur 12 tahun ke bawah. Tetapi ada juga yang berumur 29 tahun dan ada juga yang bakal ambil exam SPM tahun ini. Anak2 di sini datang dari macam2 latar belakang dan pelbagai kisah yang menyebabkan dorg ditempatkan di situ. Ktorg diberitahu yang ada di kalangan mereka dibawa oleh ibu mereka yang bekerja di Lorong Haji Taib, ada yang datang dari keluarga yang daif sehingga tak mampu bela anak sendiri, ada juga yang golongan 'berlainan keupayaan'. 

Kami cukup tersentuh dengan keadaan rumah tersebut kerana keadaanya yang serba kekurangan. Kami juga difahamkan tak semua mereka ini mempunyai katil, ada yang berkongsi tilam sahaja. Walaupun tempat tersebut telah lama beroperasi, namun 'funding' masih menjadi suatu isu. Mereka dalam masa sama mengusahakan sebuah kawasan perkhemahan, dan sebarang keuntungan dari situ digunakan untuk menampung operasi di RPR.


Sekitar kawasan RPR - nyaman dengan udara segar keliling hutan
Bergambar dengan Ustaz Mokhtarudin (Tok Ayah) - beliau turut membuat rawatan tradisional dan banyak membuat material2 dakwah untuk diedarkan kepada orang ramai
Anak2 sini pelbagai ragam - sama seperti mana2 kanak2 lain,  mereka mendapat cukup kasih sayang dan perhatian dari penjaga mereka di sini

Sofia suka sangat kucing - anak2 di sini turut melayan Sofia dengan mesra 

Seperti sebuah keluarga yang besar 

Alamat pondok - Rumah Penyayang Raudhah, Batu 11, Gombak. 

Bagi sesiapa yang ingin membuat program bersama mereka boleh berhubung dengan wargakerja RPR: 03-61852068

Atau yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh masukkan ke dalam akaun Maybank: 5642-2161-0787

Atau yang ingin melihat Tok Ayah siapa di Youtube, sila cari Tuan Guru Tok Ayah Janggut Mulia