Saturday 12 April 2014

Rumah Penyayang Raudhah

Beberapa minggu lepas ktorg berkesempatan untuk meluangkan masa dengan anak2 yatim kat Rumah Penyayang Raudhah. Ktorg pergi ini bersempena Birthday first Sofia. Jadi, ktorg pergi bawak nasi ayam skali dengan goodie bags, muffins, cupcakes, dan kek. Ktorg sampai ke RPR agak lambat, lepas Zuhur, lapar dah anak2 masa tu. Tapi dorg sambut ktorg dengan cukup mesra dan ceria. Tak ada tanda nak complain lambat atau nak mengamuk kelaparan pun. Alhamdulillah, baik sungguh budak2 sini.

"Guru besar" di sini merupakan bekas pelakon, Moktharudin atau lebih selesa dgn panggilan Tok Ayah. Anak2 di sini mostly berumur 12 tahun ke bawah. Tetapi ada juga yang berumur 29 tahun dan ada juga yang bakal ambil exam SPM tahun ini. Anak2 di sini datang dari macam2 latar belakang dan pelbagai kisah yang menyebabkan dorg ditempatkan di situ. Ktorg diberitahu yang ada di kalangan mereka dibawa oleh ibu mereka yang bekerja di Lorong Haji Taib, ada yang datang dari keluarga yang daif sehingga tak mampu bela anak sendiri, ada juga yang golongan 'berlainan keupayaan'. 

Kami cukup tersentuh dengan keadaan rumah tersebut kerana keadaanya yang serba kekurangan. Kami juga difahamkan tak semua mereka ini mempunyai katil, ada yang berkongsi tilam sahaja. Walaupun tempat tersebut telah lama beroperasi, namun 'funding' masih menjadi suatu isu. Mereka dalam masa sama mengusahakan sebuah kawasan perkhemahan, dan sebarang keuntungan dari situ digunakan untuk menampung operasi di RPR.


Sekitar kawasan RPR - nyaman dengan udara segar keliling hutan
Bergambar dengan Ustaz Mokhtarudin (Tok Ayah) - beliau turut membuat rawatan tradisional dan banyak membuat material2 dakwah untuk diedarkan kepada orang ramai
Anak2 sini pelbagai ragam - sama seperti mana2 kanak2 lain,  mereka mendapat cukup kasih sayang dan perhatian dari penjaga mereka di sini

Sofia suka sangat kucing - anak2 di sini turut melayan Sofia dengan mesra 

Seperti sebuah keluarga yang besar 

Alamat pondok - Rumah Penyayang Raudhah, Batu 11, Gombak. 

Bagi sesiapa yang ingin membuat program bersama mereka boleh berhubung dengan wargakerja RPR: 03-61852068

Atau yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh masukkan ke dalam akaun Maybank: 5642-2161-0787

Atau yang ingin melihat Tok Ayah siapa di Youtube, sila cari Tuan Guru Tok Ayah Janggut Mulia

Tuesday 4 March 2014

Berdoa, bukan sekadar 'membaca doa'

Ya Allah kurniakan aku dengan kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu.

Ya Allah yang Maha Pembuka lagi Maha Tahu, bukakanlah pintu hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Amiin.

Seminar Baitul Muslim 3.0 - Rumusan

Seminar yang bertemakan "membina masyarakat muslim" ini telah dianjurkan oleh One Heart Creative Solutions dan dibarisi oleh ahli panel yang berpengalaman dalam bidang dakwah masing-masing seperti Salim A Fillah, Ust Ridhauddin Salleh, Tn Shamsuddin Kadir, dan Ust Ebit Lew. Pelbagai topik dikupas dan dibincangkan yang berkait rapat dengan prinsip kekeluargaan yang dianjurkan Islam. Berikut merupakan pengajaran-pengajaran penting yang saya bawa balik daripada seminar 2 hari tersebut:

1. Cinta pertama adalah kepada Allah dan Rasulullah SAW 

Melafazkan 'Aku terima nikahnya' merupakan satu titik permulaan kepada kehidupan baru yang digambarkan lebih bahagia, bermakna dan berkat. Sering kali rumahtangga dibina atas niat "Nak mendapatkan keredhaanNya, mengikuti sunnah Rasullullah, dan mencapai kebahagiaan". Namun adakah si bakal suami dan isteri itu betul-betul faham dengan apa yang dimaksudkan niatnya itu. Bagaimana sebuah rumahtangga itu akan kekal bahagia serta mendapat keredhaanNya?

Prinsip utama yang harus difahami dan diamalkan dalam sebuah rumahtangga adalah:

"CINTA PERTAMA ADALAH KEPADA ALLAH DAN RASUL, CINTA KEDUA ADALAH SESAMA MANUSIA"

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ini? Salah seorang ustaz berkongsi perspektif beliau terhadap konsep ini; "aku sanggup berpisah dengan isteriku, tetapi aku tak akan berpisah dengan Allah dan Rasul-ku". Ringkas tetapi maksudnya cukup mendalam. Diceritakan bahawa Abu Bakar pernah menyuruh anaknya Abdullah untuk menceraikan isterinya setelah Abu Bakar melihat anaknya itu tertinggal solat subuh berjemaah di masjid beberapa kali setelah berkahwin.

Apabila si suami dan isteri sama-sama mempunyai prinsip, niat serta objektif yang berlandaskan agama (ataupun secara umumnya objektif yang sama), secara tak langsung tindakan mereka akan saling melengkapi dan menyokong antara satu sama yang lain. Secara fitrahnya, lelaki dan perempuan mempunyai keperluan zahir dan batin yang cukup berbeza. Seandainya si suami dan isteri melangkah ke alam perkahwinan dengan niat untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing, maka niat mereka akan berlainan. Perkahwinan itu tiada titik pertemuan yang menjadi pendorong kepada kedua-dua suami dan isteri untuk saling memahami, melengkapi dan memberi sokongan untuk mengecapi kebahagiaan bersama. Sukar bagi mereka untuk bahagia sekiranya definisi 'bahagia' mereka pun sudah berbeza. Jadi, objektif/niat itu cukup penting. Pastikan niat kita adalah untuk Allah dan Rasul sebagai yang paling utama, Isteri/suami, anak2 dan keluarga pula yang ke-2.

2. Kahwin untuk 'invest' pahala sampai akhirat

Antara amalan yang tidak terputus pahalanya sehingga kita mati adalah doa anak yang soleh. Anak merupakan suatu investment pahala sampai akhirat. Sama seperti mana-mana pelaburan, untung dan rugi adalah lumrahnya. Investment ni tak semuanya menguntungkan, ada juga yang merugikan. Di akhirat nanti, ada anak yang mampu bawa ibu bapanya masuk ke syurga bersamanya, tapi ada juga anak yang mampu menarik ibu bapanya daripada menjadi penghuni syurga kepada menjadi penghuni neraka bersamanya. Anak begini akan berkata di hadapan Allah kelak,"Ya Allah, sesungguhnya aku menjadi penghuni neraka kerana ibu bapa aku tidak mengajar aku, tarik mereka ke neraka bersamaku". 

Membesarkan anak itu bukan sekadar memberi makan, minum, pakaian dan perlindungan, malahan ia merupakan tanggungjawab yang lebih besar dari itu kerana ibu bapa lah yang bakal membentuk baik/buruk akhlak anaknya. Ustaz Ridhauddin telah kongsikan beberapa tips 'nature' and 'nurture' untuk membesarkan anak:
i. Sebelum kita mempersiapkan anak, kita sebagai ibu bapa (atau bakal ibu bapa) harus mempersiapkan diri kita terlebih dahulu. Ini yang menentukan 'nature' anak kita kelak. Jadi ibu bapa, latih lah diri supaya menjadi seorang hafiz/hafizah kalau kita mengharapkan anak kita nanti untuk menjadi hafiz/hafizah. Sekurang-kurangnya jadikan Quran itu amalan harian tanpa tinggal.
ii. 'Nurture' anak dalam suasana yang menggalakkan:

  • Kurangkan jadi diktator (memberi arahan) dalam rumah, tetapi lebihkan menjadi demonstrator (mengajak/mengalakkan). 
  • Jangan asingkan anak pada waktu solat. Biarkan anak berada dekat dengan kita ketika solat supaya mereka belajar tentang solat. Anak, terutama yang masih kecil, belajar melalui penglihatan. 
  • Ikatkan atau kaitkan setiap minat mereka kepada syurga/neraka. Contoh: Anak minat Boboi Boy, kita ajar nanti di syurga pun Boboi Boy ada. Anak suka mainan kereta, kita ajar nanti di syurga ada lagi banyak mainan kereta. Cuba perkenalkan konsep syurga dan neraka kepada anak-anak di usia yang masih kecil. 
3. Tips-tips dan pesanan praktikal 
Saya banyak pelajari tips-tips praktikal, yang mana panel-panel penceramah sampaikan sebagai perkara 'sampingan' dalam sesi ceramah. Namun bagi saya, tips-tips itu mudah difahami, diingati dan dipraktikkan. Antara tips dan pesanan penceramah yang saya dapat kongsikan adalah:

  • Jauhi sindrom "nanti orang lain kata apa" - kita kadang-kala melakukan (atau membeli) sesuatu kerana takut dicemuh oleh orang lain walaupun pada hakikatnya kita tidak perlu melakukan (atau membeli) perkara itu. Contoh: suruh anak puasa penuh 30 hari pada bulan puasa (tapi tak suruh solat 5 waktu) - sebab segan nanti saudara mara tanya anak puasa penuh ke tak pada hari raya, membeli set pinggan mangkuk mahal - beli sebab nanti tetamu datang kata pinggan tak cantik/murahan, buat majlis walimatul urus di tempat eksklusif - nak menjaga hati tetamu yang hadir. 
  • Kita sepatutnya berdoa dan bukannya 'membaca doa' - disebabkan kebanyakkan kita yang berbangsa melayu tidak fasih dgn bahasa arab, berdoa dalam bahasa melayu boleh memberikan impak yang berbeza kepada diri sendiri. Kadang kala apabila kita sekadar 'membaca doa' penghayatn tu kurang. 
  • Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah rahmat. Yang baik itu rahmat, yang kita rasakan buruk juga suatu rahmat. 
  • Banyakkan bersenyum, nabi merupakan seorang yang sangat kuat bersenyum. Pernah suatu ketika yang mana nabi sedang makan keliling talam bersama para sahabat, aisyah berasa cemburu ketika itu pergi membalikkan talam tersebut dihadapan semua sahabat nabi. Tetapi nabi hanya tersenyum.
  • 5 cara melafazkan cinta: (1) bahasa, iaitu kata-kata indah, (2) hadiah (3) sentuhan, (4) masa berkualiti bersama, dan (5)khidmat bantuan. 
  • Hidupkan amalan nabi di rumah; (1) kasih sayang [bersalaman, bersentuhan] (2) melaksanakan solat (3) doa mendoakan, dan (4) kata "salah saya", atau dalam erti kata lain mengalah dengan suami/isteri.
Wallahualam. Moga bermanfaat. 

Mohon beri teguran sekiranya ada tersilap, silakan bertanya sekiranya kurang jelas, tiada salahnya utk berkongsi kpd yang lain. Andai ada tips-tips untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga lain yang ingin dikongsi bersama, dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Sunday 2 June 2013

Weekend with ibu&daddy :)

Today is the last weekend before ibu gets posted to hkl for peads attachment, so she decided to spend the day wisely haha
We attended auntie kikie & uncle faiz's engagement at mindef..

so here are the photos ..
This is auntie kikie! Gorgeous kan? Look at this pict, I was starring at her oh gosh I couldn't even blink my eyes!!she so cantik~#ibu, pls dont be jealous, I have to puji memuji auntie kikie so that she will give me lots of toys haha

And this is my ibu..I love her so much because she has one thing that everyone else doesn't have..the super delicious milk!! its yummyy3!haha


this is their pelamin,it looks simple but sweet!ibu and daddy pon ape lg,took the chance to be the bride and groom again lah!haha if u guys notice,all of us were wearing yellow clothes because..today is HARI KEPUTERAAN AGONG! we were just too excited to celebrate it!haha *penipu la kn*

then..comes the part that i hate the most!ibu and daddy brought me to the clinic for injection! *cry*
 Guess how much I weigh??!haha its 6.5kg yawww!*proud face* hehe

so i cried out loudly when the needle poked my thigh and ibu just laughed,how could she do that to me lorhh??!hahaha

after that, we went to nena's house in subang..i had a great time there with nena,aunty nyum& maksu ila..love them to bits :)
This is me sleeping after a very long & tiring day..hehe

love,
Sofia

Friday 17 May 2013

Ibu, Daddy & Jeng3

Today a parcel arrive. Guess what????

Jeng jeng jeng....

I really hope it's for me. Could it be new clothes?? Could it be new milk bottle?? hehe

But no no no, I was so wrong. Haha
..
..
..
..


It's Jusmate! HAHAHA!

Guess for who???

Ofcourse for Ibu and Daddy !! Lol

Ibu always panic when she can't fit in her clothes.While Daddy is always in denial and acts cool like he's so fit. I know deep inside he panics too. Haahaha

See how annoying Daddy looks like. ahaks! 

So guys and gals, wish Ibu and Daddy best of luck. heeeeee

Awww, am I not just the cutest baby ever? heeee


With love,
Sofia

Monday 13 May 2013

Sofia tido2 ayam :)




sofia after 2min buh dlm cot start la buat aksi gusti secara solo,cakar2 muka sendiri,konon2nya tunjuk prasaan haha


buat muka plg bahagia dapat tido atas riba ibu,sampai ternganga nganga,lubang hidung pon kembang kecut haha





mata tu every 5min duk check ibu,takut bebenor ibu tinggal dia hehe




FINALLYYYY!!,after berejam tido beriba!haha

aiyoooo camano ibu nk keje next week ni!abislaa omma nnti kena dera ngan sofia haha

p/s: ibu pn p la mandi sementara sofia ade mood nk tido2 ayam ats cot ni! :p

Sunday 12 May 2013

The first note

My beautiful princess was born. Ever so healthy, a whooping 3.75kg. Her head was round, her hair shining black, her cheeks so chubby and her 'M' shaped lips. I could never ask for anything prettier. It's like the Bruno Mars song, "When I see your face, there's not a thing that I would change, Coz you're amazing, just the way you are" 

I was in the Operation Theatre with Aizan during the operation. C-Sec was the best option we had opt for delivering Sofia after consulting two different O&G specialist. I can still remember the look in Aizan's eyes, ever so ready to meet with Sofia after countless times hoping that Sofia would come out sooner than the expected date. Aizan was at ease and very much happy for this moment. She didn't seem like she was at all nervous nor was she afraid. All the negative feelings had left her as she entered the OT. 

The OT was all hyped up. The anesthetic specialist, Dr Rahim if my memory serves me right, was to a certain extent entertaining with all his jokes, but annoying at the same time. I recall that little grunt Dr Zul had when Dr Rahim left the OT for a split second. 

I remember Sofia's first cry, it was stuck in her lungs. It was like she wants to shout and scream but something was pulling back her voice. But once she let it out, it was so loud. I can remember vividly how she cried and felt proud of her cry. I knew she was very much healthy and energetic. 

The best moment was when Aizan was still in the OT finishing the last touches to her stitches and Sofia was lying in the incubator-like-machine. I was left alone with her. I felt so happy that tears were trickling. I whispered to Sofia telling her that she need not worry, her Daddy is by her side and her Daddy would not let anything bad happen to her. That was the moment that reality sinked in, I'm a Daddy. 


Date of Birth: 22 March 2013
Time of Birth: 8.35am
Place of Birth: Pusrawi, Kota Damansara
Weight: 3.75kg
Body length: 55cm
Head circumference: 36cm
Delivered by: Dr Zulkhairi Yahya 



The first recording of Sofia :)